Saturday, November 8, 2014

Masalah mesin basuh air masuk perlahan/slow

Setiap mesin basuh ada penapis kecil di saluran masuk air,sekiranya air yang masuk ke dalam mesin amat pelahan dari biasa cuba periksa penapis dan cuci menggunakan berus gigi yang dah tak digunakan.
Sebaik-baiknya amalkan setahun sekali.
Bagaimana nak buka penapis ?
1.tutup kepala paip dan buka sambungan diantara hos dengan mesin basuh
2.cabut atau tarik menggunakan pliers atau pemutar skru rata yg mata kecil,ada lubang seolah-olah tangkai yg boleh digunakan pada kepala penapis tersebut.(untuk menarik keluar)
3.cuci penapis tersebut dengan menggunakan berus gigi dibawah cucuran air
4.pasang kembali penapis dan sambungan utama,buka kepala paip dan periksa kebocoran.
Ok,senang kan....
Tarmizi 011-25689571

1 comment:

  1. terima kasih tuan, moga murah rezeki atas perkongsian ilmu ini.

    ReplyDelete