Sunday, October 12, 2014

Petua penggunaan peti sejuk

Mengamalkan cara yg betul sedikit sebanyak boleh memanjangkan hayat peti sejuk anda.
1) peti sejuk mesti diletakkan di tempat yg mempunyai pengaliran udara yg baik,jangan terlalu rapat ke dinding,jauhi sumber haba contoh seperti oven,

2)pastikan julat suhu diruang pendingin dan sejuk beku dilaras dengan betul
( lebih tepat berpandukan kepada manual book yg dibekalkan pengilang)

3)susun dgn baik barang simpanan dan jgn terlalu memenuhi ruang supaya udara sejuk dapat beredar dgn baik,dengan kata lain supaya proses penyejukkan berjalan lancar.

4)amalkan selalu membersihkan peti sejuk setiap minggu bagi mencegah bau,kotoran dan kulat

5)elakkan terlalu kerap membuka peti sejuk dan membiarkan pintu terbuka terlalu lama kerana ia akan mengakibatkan suhu peti sejuk tersebut akan tinggi dan akan mengakibatkan beban pada compressor.apabila compressor berkerja lebih,maka akan lebihlah bil elektrik anda.

Panduan asas peyimpanan makanan dalam ruang seiuk beku,

1.Daging dan ikan disimpan dalam bekas atau beg plastik kedap udara bagi menghalang kehilangan kelembapan yang boleh menyebabkan kekeringan selain mengelak pencemaran bahan makanan lain dengan baunya.

 2. Potong dan bungkus daging, ayam dan ikan dalam saiz hidangan yang bersesuaian dengan penggunaan anda sebelum dibekukan.

 3. Bungkus makanan dengan bekas plastik atau Plastik sejuk beku sebelum disimpan ke dalam ruang seiuk beku.

 4. Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna dan simpan dalam ruang seiuk beku secepat mungkin selepas dibeli dan dibersihkan untuk mengelak kerosakan. 

5. Buah-buahan atau sayur-sayuran tidak boleh disimpan dalam ruang sejuk beku kerana suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran

 6. Makanan dalam tin tidak boleh disimpan dalam ruang seiuk beku kerana kandungan makanan dalam tin itu akan mengembang pada tahap beku dan   keadaan ini akan merosakkan tin.


No comments:

Post a Comment