Tuesday, October 14, 2014

Penjimatan tenaga di pejabat

Kami lampirkan sedikit keterangan disini untuk kesedaran cekap di pejabat,

-Mesin pencetak
Kadar kuasa mesin pencetak mengikut operasinya adalah seperti berikut
Aktif (in operation) 150-500watt,
Standby mode 25-80watt,
Penggunaan tenaga elektrik dan kos sekirannya mesin pencetak dalam keadaan standby mode bagi 25watt ialah 13.05kWh = rm4.07 sebulan,bermakna setahun 156.6kWh = rm48.86.

-Penyaman udara
Sekiranya penghawa dingin dgn kadar kuasa 2.5hp tidak dimatikan (standby mode)selepas waktu kerja(tempoh 15 jam),berikut adalah jumlah tenaga dan bil elektrik yg dibazirkan

1hp = 0.746kWh x 15 jam = 11.19kWh
2.5hp = 1.87kWh x 15 jam = 28.05kWh
Anggaran kasar pembaziran dlm sebulan sekitar rm50-100
Cuba bayangkan setahun....?

-Mesin faks
Kadar kuasa bg mesin mengikut operasinya adalah spt berikut
Aktif 100watt
Standby mode 10-30watt
Penggunaan tenaga dan kos sekirannya mesin faks dlm keadaan standby mode bg 12watt ialah 6.84kWh = rm2.13 sebulan,setahun bersamaan 82.08kWh = rm25.61

-Komputer
Terdapat 2 jenis komputer
i-komputer riba
ii-komputer desktop (CRT dan LCD)
Perbandingan penggunaan tenaga elektrik,kos bagi setiap jenis komputer
= komputer riba 1.04kWh/rm0.32 sebulan,12.48kWh/rm3.89 setahun
= LCD 2.09kWh/rm0.65 sebulan,25.08kWh/rm7.82 setahun
= CRT 3.13kWh/rm0.98 sebulan,37.56kWh/rm11.72 setahun

Kesimpulannya....pastikan semua alatan tersebut dimatikan sepenuhnya sebelum meninggalkan pejabat anda

No comments:

Post a Comment