Tuesday, October 28, 2014

Guna elektrik dengan betul

Jangan amalkan macam ni,
Kerana kebanyakan soket penyambung yang kita beli kat kedai buatannya tak selamat utk digunakan untuk kegunaan alat elektrik yang menggunakan tenaga yang tinggi seperti Air-cond,periuk nasi elektrik,cerek elektrik,penggosok baju dan sebagainya.

Wednesday, October 22, 2014

Buka pasang dan pindah Air-cond putrajaya,cyberjaya,bangi,kajang dan sekitarnya

Buka dan pindah pasang ditempat lain,
Rm50 kos untuk buka Air-cond yang biasa digunakan untuk kediaman,iaitu diantara 1hp-1.5hp,bagi 2hp ke atas pula lebih kurang diantara rm70-150 bergantung kepada hp.
Kos pasang pula ikut harga pasaran iaitu diantara rm180 ke atas bergantung pada hp dan keadaan tempat yang hendak dipasang.lagi senang kerja-kerja yang dilakukan maka makin murah harga yang boleh ditawarkan 

011-25689571 Tarmizi

Wednesday, October 15, 2014

Beg kristal ganti beg pasir

FloodSax®, sistem pertahanan diri yang inovatif dari banjir, bersedia untuk merevolusikan cara kita mengawal kerosakan akibat banjir.

Pelapik dalaman semi-berliang mengandungi beratus-ratus kristal penyerap yang menyerap air sehingga 22 kg dalam masa 3 minit. Setelah air di sana, ia kekal di sana dan beg bertindak seperti beg pasir untuk menahan air banjir dari masuk. FloodSax®, yang digunakan sebagai alternatif kepada beg pasir tradisional atau beg banjir, membolehkan semua orang bersedia untuk banjir. Menguruskan risiko terhadap banjir dan menginsuranskan diri anda daripada banjir.

Tuesday, October 14, 2014

Penjimatan tenaga di pejabat

Kami lampirkan sedikit keterangan disini untuk kesedaran cekap di pejabat,

-Mesin pencetak
Kadar kuasa mesin pencetak mengikut operasinya adalah seperti berikut
Aktif (in operation) 150-500watt,
Standby mode 25-80watt,
Penggunaan tenaga elektrik dan kos sekirannya mesin pencetak dalam keadaan standby mode bagi 25watt ialah 13.05kWh = rm4.07 sebulan,bermakna setahun 156.6kWh = rm48.86.

-Penyaman udara
Sekiranya penghawa dingin dgn kadar kuasa 2.5hp tidak dimatikan (standby mode)selepas waktu kerja(tempoh 15 jam),berikut adalah jumlah tenaga dan bil elektrik yg dibazirkan

1hp = 0.746kWh x 15 jam = 11.19kWh
2.5hp = 1.87kWh x 15 jam = 28.05kWh
Anggaran kasar pembaziran dlm sebulan sekitar rm50-100
Cuba bayangkan setahun....?

-Mesin faks
Kadar kuasa bg mesin mengikut operasinya adalah spt berikut
Aktif 100watt
Standby mode 10-30watt
Penggunaan tenaga dan kos sekirannya mesin faks dlm keadaan standby mode bg 12watt ialah 6.84kWh = rm2.13 sebulan,setahun bersamaan 82.08kWh = rm25.61

-Komputer
Terdapat 2 jenis komputer
i-komputer riba
ii-komputer desktop (CRT dan LCD)
Perbandingan penggunaan tenaga elektrik,kos bagi setiap jenis komputer
= komputer riba 1.04kWh/rm0.32 sebulan,12.48kWh/rm3.89 setahun
= LCD 2.09kWh/rm0.65 sebulan,25.08kWh/rm7.82 setahun
= CRT 3.13kWh/rm0.98 sebulan,37.56kWh/rm11.72 setahun

Kesimpulannya....pastikan semua alatan tersebut dimatikan sepenuhnya sebelum meninggalkan pejabat anda

Membekal,menservis dan membaiki Air-cond,mesin basuh,peti sejuk di sekitar Putrajaya,Bangi dan Kajang

Membekal,memasang,membaikpulih dan mengservis pelbagai jenis Air-cond(York,Acson,Carrier,Mitsubishi,LG,Haier,Panasonic,Daikin,Fujiaire).

Membaikpulih dan mengservis pelbagai jenis mesin basuh.

Membaikpulih dan mengservis pelbagai jenis peti sejuk domestik dan komersial.


Sunday, October 12, 2014

Petua penggunaan peti sejuk

Mengamalkan cara yg betul sedikit sebanyak boleh memanjangkan hayat peti sejuk anda.
1) peti sejuk mesti diletakkan di tempat yg mempunyai pengaliran udara yg baik,jangan terlalu rapat ke dinding,jauhi sumber haba contoh seperti oven,

2)pastikan julat suhu diruang pendingin dan sejuk beku dilaras dengan betul
( lebih tepat berpandukan kepada manual book yg dibekalkan pengilang)

3)susun dgn baik barang simpanan dan jgn terlalu memenuhi ruang supaya udara sejuk dapat beredar dgn baik,dengan kata lain supaya proses penyejukkan berjalan lancar.

4)amalkan selalu membersihkan peti sejuk setiap minggu bagi mencegah bau,kotoran dan kulat

5)elakkan terlalu kerap membuka peti sejuk dan membiarkan pintu terbuka terlalu lama kerana ia akan mengakibatkan suhu peti sejuk tersebut akan tinggi dan akan mengakibatkan beban pada compressor.apabila compressor berkerja lebih,maka akan lebihlah bil elektrik anda.

Panduan asas peyimpanan makanan dalam ruang seiuk beku,

1.Daging dan ikan disimpan dalam bekas atau beg plastik kedap udara bagi menghalang kehilangan kelembapan yang boleh menyebabkan kekeringan selain mengelak pencemaran bahan makanan lain dengan baunya.

 2. Potong dan bungkus daging, ayam dan ikan dalam saiz hidangan yang bersesuaian dengan penggunaan anda sebelum dibekukan.

 3. Bungkus makanan dengan bekas plastik atau Plastik sejuk beku sebelum disimpan ke dalam ruang seiuk beku.

 4. Basuh daging, ikan dan ayam dengan sempurna dan simpan dalam ruang seiuk beku secepat mungkin selepas dibeli dan dibersihkan untuk mengelak kerosakan. 

5. Buah-buahan atau sayur-sayuran tidak boleh disimpan dalam ruang sejuk beku kerana suhu pada tahap beku akan merosakkan tisu buah-buahan dan sayuran

 6. Makanan dalam tin tidak boleh disimpan dalam ruang seiuk beku kerana kandungan makanan dalam tin itu akan mengembang pada tahap beku dan   keadaan ini akan merosakkan tin.