Wednesday, February 27, 2013

Bagaimana membuang froz didalam peti sejuk

pastikan anda memggunakan cara yg betul untuk mengeluarkan froz yg terjadi disekeliling ruang beku,biasa ini hanya terjadi pada mereka yang menggunakan peti sejuk satu pintu.dan boleh dikatakan kebanyakkan kita dimalaysia sudah tak ramai yg memilikinya kerana lambakan peti sejuk yg berbagai jenis dan kelebihan berbanding peti sejuk satu pintu ni.
cara nya ialah anda cuma perlu tekan butang yg berada ditengah-tengah laras suhu (thermostat) sehingga ia tenggelam separuh kerana ia seumpama suis,
kemudian biarkan untuk semalaman (biasanya tekan pada waktu malam sebelum tidur dan buang keesokkan hari nya).pastikan bahagian beku tersebut kosong,bahagian yg lain takpe ada barang pun.
esok nya anda akan dapati froz tersebut sudah lekang dr dinding ruang beku tersebut dan ianya lebih senang untuk dipecahkan berbanding kebanyakkan kita yg suka mencungkil dgn benda-benda tajam yg mana blh mengakibatkan kebocoran pada dinding ruang beku tersebut.
kerana kebocoran tersebut sangat jarang dapat dibaiki dan kebanyakkan nya beli baru he..he..he
selepas semua froz telah dikeluarkan pastikan anda reset semula laras suhu (thermostat) dengan melaraskan ia ke angka kosong sehingga butang tengah kembali seperti normal (butang tengah secara automatik akan kembali seperti normal apabila laras suhu diselarakan kosong).
kemudian laraskan laras suhu (thermostat) seperti mana semalam (kedudukan asal yg telah anda set kan)


Tuesday, February 12, 2013