Tuesday, February 7, 2012

Cara mengesan kerosakkan ACOND anda

Tahu serba sedikit mengenai cara untuk mengesan kerosakkan pada alat penghawa dingin anda ianya dapat menjimatkan kos penyelenggaraan di tipu.
Percaya atau tidak yg kebanyakkan pengguna akan terima sebulatnya apa saja yg dikatakan oleh kontraktor yg datang untuk membuat kerja membaikipulih unit penghawa dingin.
Sedangkan ada kala nya kos yg dikenakan memang tak masuk akal,tp kerana tiada ilmu mengenai nya maka pengguna terpaksa mengiakan apa saja kata-kata kontraktor tersebut.

Di sini ada beberapa tips utk anda buat rujukan :
-Pastikan kontraktor mahupun siapa saja yg akan menjalankan kerja-kerja tersebut mempunyai kelayakkan 
  yg sepatutnya,sekurang-kurang nya mempunyai CIDB Green Card.ini kerana kerja tersebut berkaitan 
  mekanikal dan elektrikal yg mana sedikit kesilapan boleh membawa kepada kehilangan jiwa.
 #mereka yg belajar hanya ketika kerja kebanyakkan nya tidak memahami teori lebih-lebih lagi pekerja asing
   yg bahasa nya pun dah jauh beza.
-Kenal pasti punca kerosakkan dan tindakkan yg patut diambil supaya tidak membazir kerana mengikut 
  100%  laporan syarikat penyelenggaraan/kontraktor yg di lantik.
-Oleh hal demikian kepada mereka yg akan membuat pemasangan baru disyorkan menyimpan              "Manual book" yg dibekalkan oleh pengeluar.dan bagi mereka yg tiada boleh cuba dapatkan di internet dgn merujuk pada model unit.
-Pastikan barang/spare part yg digunakan betul mengikut apa yg disarankan oleh pengeluar (rujuk manual 
  book)
-Perhatikan apa yg dilakukan oleh kontraktor tersebut,kos tinggi hanya boleh terjadi apabila unit 
  mengalami kerosakkan major.seperti perlu General service (rujuk gambar dibawah),compressor rosak
  papan elektronik utama terbakar dan sepertinya.
-Kebiasaannya unit hanya perlu di servis sahaja dan tiada alat gantian yg sepatutnya ditukar sekiranya unit
  tersebut hanya kurang 30% keupayaan dari biasa.dan sebenarnya apa saja kerosakkan dan masalah yg
  timbul dapat dikesan dgn alatan yg betul dan bukannya sekadar main agak-agak.itu tandanya kontraktor
  yg dilantik tidak beriktiraf dan pro.

-Kerja-kerja penyelengaraan yg biasa terjadi 

 1.General servis
hanya boleh dibuat dgn menurunkan (membuka) unit,kebiasannya unit telah beroperasi lebih dari setahun dan dapat dipastikan dengan memeriksa kelajuan angin yang keluar dari blower indoor dengan meletak tapak tangan di laluan keluar (pastikan penapis ditanggalkan terlebih dahulu).lebih mudah sekiranya anda mempunyai unit yang lain utk membuat perbandingan.
sekiranya itu tidak berlaku maka anda mungkin tertipu...chemical wash tidak mungkin dpt dilakukan tanpa menurunkan unit tersebut dari dinding.kerana chemical wash memerlukan air yg bertekanan tinggi utk mendapat hasil yg terbaik,dan yg lebih penting unit anda tidak mereput atau berkarat kerana bilasan yg tidak sempurna.
Sebaik-baiknya elakkan unit dari chemical wash dgn sentiasa membersihkan penapis angin dan sirip aluminum depan dan blower dgn vakum pam sekurang-kurang nya setiap 3 bulan.
-Kos juga tinggi apabila berlaku penambahan gas,tp gas jarang berkurangan tanpa kebocoran.Ianya boleh dipastikan dgn merasa sirip aluminum pada indoor unit,
tanggalkan penapis angin kemudian rasa sirip tersebut dgn menyentuh dgn menggunakan hujung jari,pastikan semua kawasan sejuk dan sedikit berpeluh.sekiranya ada kawasan yg kurang sejuk bermakna bahan pendingin tidak mencukupi atau sistem telah dicemari dan telah menganggu kitaran penyejukkan.
-Anda juga dpt mengenal pasti kerosakkan dgn merasai angin yg keluar dr indoor..kalau sejuk tp angin pelahan itu maknanyan unit atau cuma air-filter yg kotor.Kalau angin kuat tp tak sejuk itu ada kena- mengena dgn outdoor compressor.
Indoor hanya bertugas untuk peredaran udara didalam bilik dan haba hanya dapat diserap sekiranya unit outdoor berfungsi dgn baik.

Jenama Acond yg disyorkan dan senarai harga

Tips dan cara menjimatkan kos elektrik untuk Penghawa dingin.



General servis/chemical wash


New Panasonic 1hp,
 2016 Promotion
Rm1250 c/w installation for
Putrajaya,Cyberjaya and surrounding areas