Wednesday, September 19, 2012

Repair washing machine Kl,Putrajaya and cyberjaya

Berhati sebelum mencuci...anda mungkin kerugian beratus ringgit hanya kerana tertinggal duit 50 sen didalam poket !
011-28881187 Tarmizi

Friday, April 20, 2012

DIY air-conditioning service

macam mana cara utk mencuci outdoor compressor,
anda sendiri boleh melakukannya utk jangka masa setahun sekali.
tapi tak semua mungkin dpt melakukannya kerana ia juga bergantung pd kedudukan unit outdoor compressor anda.
kalau ianya dipasang pada tempat yg tinggi mungkin agak susah dan merbahaya utk anda mengambil risiko.
servis ini cuma utk memanjangkan hayat compressor dan dpt menolong anda mengurangkan kos.
tak perlu apa-apa chemical dan cuma perlu air sahaja,untuk kesan yg lebih memuaskan pastikan tekanan air yg tinggi...pastikan anda hanya mensasarkan air pada sirip aluminium kerana hanya disitu saja berkumpulnya habuk.ia juga langkah berjaga-jaga supaya air tidak termasuk ke dalam terminal box.
dan unit mestilah tidak beroperasi (off mod)


Wednesday, April 18, 2012

PERBEZAAN ANTARA ACOND INVERTER BERBANDING ACOND BIASA

Apa perbezaan antara dua jenis unit penyaman udara tersebut ?
Iaitu inverter dan unit biasa...
Setelah 2-3 tahun membuat perbandingan kami dapati masing2 mempunyai kelebihan dan kekurangan nya,mungkin anda sendiri boleh memutuskan jawapan setelah mengkaji penilaian yg kami buat dibawah.

-INVERTER
a)harga lebih tinggi dari unit biasa
(Namun ianya pelaburan yg berbaloi, tapi pastikan pilihan jenama yg betul berpandukan kecekapan tenaga dan mesra pengguna seperti Panasonic,York, Hi-sense)

b)kos pemasangan dan dibaikpulih juga lebih tinggi dari normal unit
(Namun boleh dielakkan sekiranya anda rajin utk mempraktikkan apa yg di syorkan di dlm "manual book"yg dibekalkan bersama unit tersebut)

c)kebanyakan jenama yang ada di pasaran terpaksa berharap pada pengeluar untuk kerja2 alat ganti,ini akan menyebabkan kos yg tinggi,masa yg diambil juga akan lebih panjang kerana banyak prosedur yg perlu dilakukan.(teknologi yg masih dlm pembelajaran bg contractor, kerana itu kami syorkan jenama di atas yg mana produk tersebut telah lama bertapak dan senang utk mendapatkan alat ganti)

d)tidak tahan lasak seperti unit normal kerana proses kerja unit ini lebih banyak menggunakan elektronik
(Kebanyakkan brand yg baru dlm pembuatan air-cond)

e)cuma satu kelebihan nya iaitu dpt menstabilkan arus elektrik ketika beroperasi,ini dapat menjimatkan bil elektrik anda.

-NORMAL UNIT
a)harga lebih murah
b)kos pemasangan dan baikpulih juga dah hampir sama kerana semua pengeluaran terbaru telah diarahkan 
   menggunakan bahan pendingin R410.
c)Alat ganti yg mungkin senang untuk didapati,dan ramai kontraktor yg mampu melakukannya
d)dari segi ketahanan mungkin agak bagus sedikit dari INVERTER kerana semi auto
e)mungkin lebih tinggi kos tenaga elektrik tp boleh dielakkan dengan cara penggunaan yg betul dan kesesuaian bilik( kiraan yg betul dgn hp unit yg hendak digunakan) 

INVERTER lebih 30% jimat dari unit biasa.
Jenama dan senarai harga yang di syorkan berpandukan kecekapan pengunaan tenaga elektrik


Tuesday, February 7, 2012

Cara mengesan kerosakkan ACOND anda

Tahu serba sedikit mengenai cara untuk mengesan kerosakkan pada alat penghawa dingin anda ianya dapat menjimatkan kos penyelenggaraan di tipu.
Percaya atau tidak yg kebanyakkan pengguna akan terima sebulatnya apa saja yg dikatakan oleh kontraktor yg datang untuk membuat kerja membaikipulih unit penghawa dingin.
Sedangkan ada kala nya kos yg dikenakan memang tak masuk akal,tp kerana tiada ilmu mengenai nya maka pengguna terpaksa mengiakan apa saja kata-kata kontraktor tersebut.

Di sini ada beberapa tips utk anda buat rujukan :
-Pastikan kontraktor mahupun siapa saja yg akan menjalankan kerja-kerja tersebut mempunyai kelayakkan 
  yg sepatutnya,sekurang-kurang nya mempunyai CIDB Green Card.ini kerana kerja tersebut berkaitan 
  mekanikal dan elektrikal yg mana sedikit kesilapan boleh membawa kepada kehilangan jiwa.
 #mereka yg belajar hanya ketika kerja kebanyakkan nya tidak memahami teori lebih-lebih lagi pekerja asing
   yg bahasa nya pun dah jauh beza.
-Kenal pasti punca kerosakkan dan tindakkan yg patut diambil supaya tidak membazir kerana mengikut 
  100%  laporan syarikat penyelenggaraan/kontraktor yg di lantik.
-Oleh hal demikian kepada mereka yg akan membuat pemasangan baru disyorkan menyimpan              "Manual book" yg dibekalkan oleh pengeluar.dan bagi mereka yg tiada boleh cuba dapatkan di internet dgn merujuk pada model unit.
-Pastikan barang/spare part yg digunakan betul mengikut apa yg disarankan oleh pengeluar (rujuk manual 
  book)
-Perhatikan apa yg dilakukan oleh kontraktor tersebut,kos tinggi hanya boleh terjadi apabila unit 
  mengalami kerosakkan major.seperti perlu General service (rujuk gambar dibawah),compressor rosak
  papan elektronik utama terbakar dan sepertinya.
-Kebiasaannya unit hanya perlu di servis sahaja dan tiada alat gantian yg sepatutnya ditukar sekiranya unit
  tersebut hanya kurang 30% keupayaan dari biasa.dan sebenarnya apa saja kerosakkan dan masalah yg
  timbul dapat dikesan dgn alatan yg betul dan bukannya sekadar main agak-agak.itu tandanya kontraktor
  yg dilantik tidak beriktiraf dan pro.

-Kerja-kerja penyelengaraan yg biasa terjadi 

 1.General servis
hanya boleh dibuat dgn menurunkan (membuka) unit,kebiasannya unit telah beroperasi lebih dari setahun dan dapat dipastikan dengan memeriksa kelajuan angin yang keluar dari blower indoor dengan meletak tapak tangan di laluan keluar (pastikan penapis ditanggalkan terlebih dahulu).lebih mudah sekiranya anda mempunyai unit yang lain utk membuat perbandingan.
sekiranya itu tidak berlaku maka anda mungkin tertipu...chemical wash tidak mungkin dpt dilakukan tanpa menurunkan unit tersebut dari dinding.kerana chemical wash memerlukan air yg bertekanan tinggi utk mendapat hasil yg terbaik,dan yg lebih penting unit anda tidak mereput atau berkarat kerana bilasan yg tidak sempurna.
Sebaik-baiknya elakkan unit dari chemical wash dgn sentiasa membersihkan penapis angin dan sirip aluminum depan dan blower dgn vakum pam sekurang-kurang nya setiap 3 bulan.
-Kos juga tinggi apabila berlaku penambahan gas,tp gas jarang berkurangan tanpa kebocoran.Ianya boleh dipastikan dgn merasa sirip aluminum pada indoor unit,
tanggalkan penapis angin kemudian rasa sirip tersebut dgn menyentuh dgn menggunakan hujung jari,pastikan semua kawasan sejuk dan sedikit berpeluh.sekiranya ada kawasan yg kurang sejuk bermakna bahan pendingin tidak mencukupi atau sistem telah dicemari dan telah menganggu kitaran penyejukkan.
-Anda juga dpt mengenal pasti kerosakkan dgn merasai angin yg keluar dr indoor..kalau sejuk tp angin pelahan itu maknanyan unit atau cuma air-filter yg kotor.Kalau angin kuat tp tak sejuk itu ada kena- mengena dgn outdoor compressor.
Indoor hanya bertugas untuk peredaran udara didalam bilik dan haba hanya dapat diserap sekiranya unit outdoor berfungsi dgn baik.

Jenama Acond yg disyorkan dan senarai harga

Tips dan cara menjimatkan kos elektrik untuk Penghawa dingin.



General servis/chemical wash


New Panasonic 1hp,
 2016 Promotion
Rm1250 c/w installation for
Putrajaya,Cyberjaya and surrounding areas