Thursday, December 15, 2011

Inverter acond installations, service and repair

Membeli sistem penyaman udara menjadi salah satu pelaburan terbesar yang anda akan buat. Tetapi dengan pilihan yang tepat dan pengunaan tenaga yang betul, anda dapat melihat penjimatan sepanjang hayat sistem,yang juga boleh membantu mengimbangi pelaburan awal anda.

Kualiti produk adalah penting. Tetapi aset kami yang paling besar adalah kualiti kerja kami. Apabila anda memilih perkhidmatan kami dan bercakap dengan jurutera dan ahli-ahli pasukan pemasangan dan membaikpulih, anda akan mendapati komitmen yang tiada bandingan dalam menyampaikan produk yang sebaik mungkin kepada pelanggan-pelanggan kami setiap hari. Mereka profesional yang boleh anda percayai,kerana mereka sudah komited untuk menjadi yang terbaik.

Sunday, June 12, 2011

PUCHONG HARTAMAS

Check and general service 2 unit 1.5hp PANASONIC air-conditioning.(not cool)
baru 1 tahun setengah digunakan,dan kebiasannya belum perlu dicuci chemical kerana tahap kotoran biasannya masih belum bergitu teruk.dan hanya perlu mencuci cover,air-filter,drain plate(takung air),blower fan dan juga drain pipe.kos kebiasannya dlm rm60 ke atas bergantung pada horse power,keadaan unit,suasana persekitaran kerja dan jenis kediaman tersebut.

Friday, June 10, 2011

USAH TERTIPU

Semalam aku dapat lg 1 customer yg kena tipu dgn kontraktor tak bertauliah dan akan memburukkan prestasi perniaga-perniaga seperti aku.mengikut cerita customer ni penghawa dingin nya rosak dan telah memanggil seorang kontraktor penghawa dingin tanpa mengetahuai latar belakang kontraktor tersebut seperti lokasi kedai ataupun apa sahaja yg boleh dibuat rujukan sekiranya berlaku pernipuan atau pun ketidak puashatian terhadap servis yg dibagi.dgn megenakan bayaran yg memang tinggi gila untuk cas gas (rm350) memang kontraktor ni penipu,kerana untuk pengetahuan semua gas takkan hilang sekiranya tiada kebocoran dan harga paling maksima sekali pun sekadar rm150.tu pun termasuk normal service (cuci air-filter)....
untuk mengelak dari semua ni berlaku elok anda semua berjaga-jaga dlm memilih kontraktor penghawa dingin atau apa sahaja mengenai peralatan dirumah seperti mesin basuh,peti sejuk dan sebagainya,walaupun dimana anda mendapatkannya (online,pamplet,broswer,iklan suratkhabar dll...)sila pastikan butir-butir kontraktor tersebut seperti kedai,company profile,gambar atau apa saja yg boleh dibuat rujukan sekiranya berlaku apa-apa yg tak diingini.gunakan hak anda sebagai pengguna
Sekiranya ada kemusykilan dan apa sahaja permasalahan tentang penghawa dingin,peti sejuk,mesin basuh dan sebagainya sila email atau msg untuk pertanyaan (free of charge)